Friday, August 28, 2015

#Di mana kebahagiaan?

Bismillahirrahmanirrahim

Baru-baru ini aku terkesan dengan kata-kata seorang sahabat, katanya beliau telah melakukan banyak benda dan banyak lagi benda beliau perlu selesaikan dalam hidup ini, sampai beliau lupa nak hidup.

Apa maksudnya lupa nak hidup? Aku terjumpa satu artikel tentang kurangnya kebahagiaan pada gen Y berbanding Gen X atau lebih dikenali dengan 'baby boomers'. Untuk baca, klik sini.

Sedikit sebanyak aku ringkaskan maklumat yang aku dapat berdasarkan artikel ini, Gen Y kebanyakannya dididik dari kecil untuk bermatlamat tinggi. Dan formula kebahagiaan yang diolah oleh penulis;

 Kebahagiaan= Realiti-harapan

Marginal antara realiti dan harapan, itulah kebahagiaan. Dengan kata lain, kalau realiti tak seindah harapan kita, maka kebahagiaan kita menjadi negatif dan itu bukti bahawa kita tidak mencapai kebahagiaan.

Berbeza dengan generasi ibubapa kita, iaitu generasi 'baby boomers', mereka dididik untuk mencapai karier stabil dan selamat. Itu sahaja. Mereka hidup di zaman awal kemerdekaan, di mana manusia mengimpikan kestabilan hidup sahaja, bukan kemewahan hidup. Bila harapan tak tinggi, maka marginal antara realiti dan harapan itu akan jadi lebih besar sekaligus memberi kebahagiaan yang lebih besar.

Ada juga pendapat kata, semakin banyak kita tahu, semakin kurang kita behagia. Dahulu, di dalam era penjajahan atau awal kemerdekaan, manusia kurang mengembara dan mereka susah nak dapat maklumat-maklumat luar, jadi mereka gembira dengan apa yang mereka miliki seadanya. Berbeza dengan sekarang, di mana media sosial memainkan peranan penting daam menyebarkan maklumat, di samping melihat rakan-rakan gen Y yang lain mengembara ke sana-sini, jadi kemahuan mereka untuk mendapat pengalaman yang sama itu bercambah. Sekali lagi, bila harapan tinggi, marginal kebahagiaan itu akan jadi lebih sedikit.

Pada akhir artikel, penulis menekankan kepada generasi Y untuk terus bermatlamat tinggi tapi pedulikan orang lain. Hakikatnya, mereka juga ada kekecewaan, masalah dan ujian. Jadi terus maju dan fokus apa yang kamu ingin buat sahaja.

Pendapat saya, asas kebahagiaan itu adalah dengan bersyukur. Teruslah bermatlamat tinggi, tapi bila kau gagal, jangan pernah kecewa, karna Allah nak mengajar kau dan naikkan martabat kau. Berapa ramai orang yang kita jumpa hidupnya miskin, tapi bahagia. Dan berapa ramai pula orang yang kita jumpa hidupnya kaya, tapi tidak bahagia. Jadi kalau kita peroleh negatif dalam marginal kebahagiaan kita sekalipun, itu tidak membuktikan kita tidak bahagia, ia cuma sekadar teori yang kita tak dapat kejayaan seperti yang kita harapkan. Sekalipun gagal, nikmatilah kegagalan itu. 

Percayalah, pengalaman kegagalan itu lebih mematangkan :) 


1 comment:

  1. I spent good reading here.Kita terlalu disogokkan dengan kesempurnaan , persaingan dan segala-galanya 'fairy tale'.

    samalah dengan formula Quran

    "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."(QS.ibrahim [14]:)

    hadis pun

    Sabda Nabi s.a.w:
    “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin.
    Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya” (Riwayat Muslim).

    I will citing ur post pah ! InshaAllah

    ReplyDelete