Thursday, January 11, 2018

Defensive

Aku tak tahu ini salah aku atau salah dunia
Dunia sentiasa suruh aku menuntut hak
Hak seorang manusia
Hak seorang isteri
Hak seorang wanita
Hak seorang pelajar
Hak seorang anak
Hak rakyat

Dan mereka tak salah
Memang kita ada hak
Tapi terlalu banyak bercakap pasal hak
Membuatkan aku rasa bertuan
Dan hilang perasaan hamba
Yang aku sepatutnya perlu sentiasa rasa tak empunya hak

Dan kerana itu aku selalu mengeluh
Orang ini tak patut layan aku sedemekian
Orang itu tak sepatutnya cakap aku seperti itu

Sedang siapalah aku
Manusia penuh kejijikan
Aku benci rasa ini
Kerana dengan rasa ini buat aku semakin menjijikkan diri

Dan aku tak tahu
Adakah dunia ini yang salah
Atau aku cuba menyalahkan dunia
Untuk menutup kesalahan aku sendiri

- Perjalanan menjadi hamba -

No comments:

Post a Comment