Aku rasa memang dari sekolah dulu aku dah terbiasa jadi tatapan. Yang paling popular, yang paling orang sayang dan yang paling orang sebut-sebut. Jadi bila tercetusnya sosial media ni, memang aku rasa inilah platform terbaik untuk aku jadi lebih menonjol. Aku nak semua like dan add aku dalam facebook. Nak semua orang comment dalam gambar aku kat instagram.
Tak kisah apa aku post merepek pun, yang penting orang suka.
Itulah alasan paling merapu sekali. Sebab tu aku tak buat. Sebab aku tak nak layan nafsu. Buat apalah nak dipandang? Adik aku kata kalau tak aktif sosial media orang akan lupakan kita. Mula-mula rasa nak deny apa dia kata tapi lama-lama aku dapat rasa kebenaran dia.
Terutama kawan yang dah jauh. Yang setakat kau jumpa dia seminggu dua. Kau add je dia kat Facebok tapi sebab kau tak guna nama sebenar kau dan kau tak post pasal hidup kau, lama-lama nama kau makin orang lupa. Hatta cikgu sekolah yang paling ingat aku pun boleh jadi lupa aku sebab tak aktif sosial media.
Tapi aku tetap taknak. Aku taknak tarik orang ingat dan suka aku sebab aku canang diri aku pada dunia. Aku nak orang ingat aku sebab memang orang tu sayang aku. Jadi dari jauhnya aku dengan sosial media, aku tahu siapa sebenarnya yang memang ingat aku ( tanpa menafikan orang lain sebab aku pun kadang lupa orang jadi memang taknak cakap buruklah pasal orang yang lupakan aku).
Instagram dah selamat delete. Road untuk deactivate facebook dalam masa terdekat. Cuma FB ni susah sikit sebab banyak maklumat. Tapi aku nak cuba jugak. Sebab antara maklumat dan masa yang terbuang lagi banyaklah masa yang terbuang.
Oh, berbalik pada tajuk aku. Kenapa aku suka blog? Sebab tak ada orang pun yang baca blog. Kecuali orang tu memang subscriber aku atau memang orang tu google nama aku. Dengan kata lain, orang yang memang nak tahu pasal aku. Dan sebenarnya aku rasa aku perlu puaskan hati aku sebab aku nak menulis. Luahan Perasaan. Kat sini. Jadi orang yang subscribe aku sebelum ni, agak-agak taknak baca tu silalah unsubscribe. Sebab post ini bukan untuk dibaca. Haha.
No comments:
Post a Comment