Tuesday, January 16, 2018

Kenapa aku tak nak jadi kaya?

Tajuk macam provokatif sikit tapi sebab aku memang tengah mencari sesuatu untuk aku tulis jadi aku tulis jelah since tak ada orang baca. Menulis kat sini macam kira rehat bagi aku setelah melalui pelbagai kesibukan dan kesesakan dada. Walaupun aku tak pernah suka pun tulisan aku tapi at least dapat tulis tu pun dah cukup menenangkan.

Berbalik pada tajuk, kenapa aku tak nak jadi kaya? Jangan salah faham, aku bukan ertikan tak kaya tu sebagai zuhud. Bila aku cakap tak nak kaya, ramai yang kata aku dah salah anggap maksud zuhud. Bukan sayang. Bukan.

Konsep zuhud tu lagi jauh dan komperhensif kalau nak dibandingkan dengan keinginan aku untuk menjadi sederhana. Zuhud itu maksudnya tak berubah perasaannya bila ditambah dan dikurangkan. Harta kalau ada atau tak ada sama saja bagi dia. Contoh yang selalu aku dengar, zuhud itu ibarat orang yang ambik tiket parking kereta. Bila orang parking, bertambah kereta miliknya. Bila orang ambil balik keretanya, berkurang kereta miliknya. Tapi perasaan dia sama. Sebab dia tahu harta tu asalnya bukan milik dia.


Aku pula sebaliknya.


Aku kenal diri aku. Kalau aku ada sesuatu, bila tak ada aku memang akan rasa perit. Tapi kalau aku tak pernah ada benda tu, aku boleh je hidup macam biasa. Contoh internet, bila rumah aku tak ada internet susahnya la hai nak bersabar. Jadi aku ambik jalan sadd zarai. Lebih baik jangan ada terus supaya aku tak rasa sakit tak ada.

Alasan kedua. Aku malas nak ikut standard orang kaya. Bila hidup sebagai orang kaya, kita kena jaga status kita. Pakaian kita. Etika kita. Hidup kita. Aku penat nak hidup di bawah mata orang. Aku nak pakai apa yang aku nak. Aku nak hidup seperti yang aku nak. Aku nak bebas.

Memang kalau tengok orang macam Mark Zukenberg tu sempoi je tak payah nak ikut standard orang. Tapi percayalah dia tetap kena hidup di bawah mata orang. Bila kau kaya dan dikenali, bahagia itu jadi satu komitmen. Aku tak kata mereka ni tak bahagia. Aku cuma tak nak hidup macam tu.

Habis, kenapa ulama' sarankan baca surah waqiah dan solat dhuha untuk menjemput rezki? Bukankah maksudnya jadi kaya tu digalakkan sangat-sangat dalam Islam? Kalau ikut kitab yang aku baca, katanya ulama' sarankan seperti itu supaya kita sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dalam erti kata lain, untuk membentuk sifat zuhud. Bukan untuk jadi kaya.

Tapi aku tak menafikan juga jadi kaya ni digalakkan dalam Islam.

Nak jadi kaya ahlan. Aku tak pernah rasa apa aku nak buat dengan hidup aku orang lain mesti kena ikut jalan aku. Aku sangat-sangat galakkan orang untuk mencari rezki asalkan dia tak jadi kaya atas kejatuhan orang lain.

Cuma aku rasa aku nak cukup sahaja. Hidup dengan sederhana. Mat salleh panggil mediocracy. Tapi aku tak akan pernah tahu apa yang Allah dah titipkan pada aku. Hanya Dia tahu yang terbaik untuk aku. Apa-apa pun yang Dia bagi, semoga hati ini dapat tahan dan syukur atas rezkiNya. Allahu Alam.


-Yang berharap jadi hamba-



No comments:

Post a Comment