Friday, January 19, 2018

Mediocrity


Aku sebenarnya tak ingat bila mula-mula aku tengok video ni. Yang pastinya aku dah tengok sebelum aku habis belajar lagi. Lepas tengok sekali, aku ulang banyak kali sampai aku dah tak ingat dah bila aku mula tengok. Video ni betul-betul ubah aku punya pemikiran. Aku tak nak cerita apa yang dia cakap sebab kau boleh tengok sendiri pun. Cuma adalah nak cerita. Sebelum kau baca bawah ni tengok dululah video tu, ok?

Aku tak nak berdusta. Memang kalau aku tengok Facebook atau media sosial yang lain, aku ada sedikit rasa hidup aku masih belum hidup. Orang lain pergi program sana-sini, melancong, keluarkan buku, keluarga bahagia, bisnes meletup. Sedang aku duduk rumah tak buat apa pandang telefon je. Mestilah aku akan rasa down sikit. Aku tanya kawan aku dia ada tak rasa macam tu. Ada yang memang kata tak. Malah dia suka tengok orang lain happy. Arghh, I wish I have that kind of heart.

Masalahnya aku tak macam tu. Bukanlah aku dengki dengan hidup dia sebab aku tak nak pun orang tu ditarik nikmat dia. Cuma memang akan rasa diri ini masih belum cukup. Aku tak pernah sedar pun benda ni. Sampailah aku terjumpa video ni.

Dan berikutan daripada video ini, bertambahlah keyakinan aku sebab memang aku tengah baca buku The Art of Thinking Clearly karya Rolf Dobelli. Beliau ada cakap dalam bukunya pasal satu masalah pemikiran yang dipanggil " The Paradox of Choice" iaitu bilamana orang itu punya banyak pilihan kita akan kurang berpuas hati dengan pilihan kita. Dengan dunia hujung jari sekarang, kita hampir ada pilihan yang tak ada hujung - infinity, jadi bila mana kita pilih satu jalan, kita memang akan terus dan terus berfikir adakah jalan yang aku ambik ni betul-betul jalan terbaik. Sebab terlalu banyak kos lepas.

Tapi pilihan itu memang tetap akan ada. Kalaupun kau delete media sosial kau. Lazada, Ebay, Amazon benda tu tetap akan wujud. Aku tak boleh nak ambik jalan sadd zarai. Jadi solusinya tak lain dan tak bukan adalah mengubah diri aku.

Dari zaman dulu memang aku nak jadi yang terbaik. Walaupun tak pernah pun jadi yang terbaik tapi aku memang nak jadi TERBAIK. Pendek kata aku maximizer. Tapi jadi maximizer ni buat kau lelah dan penat. Semua orang push kau untuk jadi yang terbaik. Tak boleh ke jadi cukup baik je? Perlu ke jadi yang terbaik?

" In this age of unlimited variety, rather the opposite is true: " Good enough" is the new optimum. "
- The Art of Thinking Clearly, Rolf Dobelli-

"Our generation in particular has adopted maximizing mindset, it seems to have become so extremely important to do exceptionally well on all facets of your life: education, job, social life, traveling, relationships and putting it all on facebook. And it's exactly this attitude, this maximizing mindset that makes so difficult for us to be happy with all we actually have

........

If we can just emancipate mediocrity, we can rid ourselves of the fear of not being exceptional. What we have to do in our generation is TAKE BACK THE RIGHT TO BE AVERAGE"  
- Jeroen van Baar-





No comments:

Post a Comment