Thursday, September 13, 2018

Kesalahan fatal

Habib Ali Baqir As-Saqqaf dalam pengajian minggu lepas membahagikan dosa-dosa mengikut tahap keberatan dosa tersebut. Menurut beliau, dosa itu ada yang taubatnya gampang dan ada yang taubatnya perlu dibalas dulu di dunia. Antaranya dosa derhaka pada ibubapa, meski dia sudah bertaubat dia tetap akan diuji dengan kederhakaan anak dia bila dia jadi ibubapa. Begitu juga halnya orang yang mencuri, meski dia dah bertaubat dia tetap akan diuji dengan orang lain yang akan curi empunya dia pula.

Hidup ini kalau mau terlepas dengan dosa yang kedua agak sedikit sukar. Ada orang yang sudah diberi maaf tapi kerana orang yang memaafkan itu masih simpan dalam hati, maaafnya itu sia-sia. Jadi yang memberi maaf itu sebut saja perlu macam mana lagi supaya didapatkan maaf itu. Biar orang cakap 'cekadak pula, aku dah minta maaf dahlah'. Kerana yang paling penting yang pemberi maaf itu ikhlas memberi kemaafan.

Ingat atau tidak kisah seorang lelaki termakan buah epal milik seorang pemilik kebun? Bertahun-tahun dia mengikut pemilik kebun itu membuat kerja buruh semata-mata ingin didapatkan kemaafan. Tak pula orang itu mengeluh cekadak ke apa. Dia tetap berusaha untuk memenuhi hajat si pemilik kebun. Akhirnya berkat kesabaran dia akan ujian dunianya, Allah kurniakan dia hadiah istimewa iaitu seorang isteri yang terjaga maruahnya sekaligus dapat memenuhi keperluan akhirat si lelaki itu.

Jadi jangan khuatir wahai sahabat. Katakan aja apa lagi yang harus aku lakukan untuk dapatkan maaf itu. Meski dihambakan seribu tahun , akan aku cuba untuk penuhi Insya Allah.

Cuma janganlah menuntut ketika di akhirat kelak.

Kerna pada waktu itu

Aku dah tak mampu.


No comments:

Post a Comment