Saturday, March 23, 2019

Harga Kemahsyuran

I know this is not right. I have ton of work need to be done but yeah, here I am writing random thing that come out from my brain. Let us being simple and try to write in Malay.

Aku benci sangat perasaan terlalu suka kat satu sosok. Suka di sini bukan bermaksud cinta antara lain jenis. Tapi lebih kepada suka yang memberi inspirasi. Aku benci perasaan tu sebab aku tahu apa yang diorang benarkan kita lihat itu apa yang mereka mampu untuk hadap. Jadi sisi buruk tu takkan kelihatan di mata kita sebagai peminat.

Aku pernah cakap dekat adik aku yang aku sangat sangat suka John Green tapi aku tak suka perasaan suka aku kat dia. Setiap kali Vlogbrothers siar video baru, aku mesti ambil kisah kata-kata dia, google artikel yang dia suruh baca, beli buku yang dia tulis. Semualah.

Perasaan tak suka pada perasaan tu dah ada dari mula aku suka dia lagi. Sebab aku nampak setiap kali ada live interview dia macam 'anxious' terlebih. Dia nak cuba buat yang terbaik dan dia memang bagi yang terbaik cuma aku nampak ketakutan dan ketidakselesaan dia ketika duduk bersama peminat.

Aku fikir why bother to like someone if he didn't even like to been liked right?

Jadi suatu hari youtube algorithm mencadangkan aku video Bo Burnham, Can't Handle This dan aku terkesima tengok semuanyaaa. Bo Burnham ialah seorang pelawak yang menghidap Anxiety Disorder. Boleh lihat persembahan terakhir dia Make Happy di bawah



Video penuh boleh dilihat di Youtube (link di blog tak dapat sync video yang sebenar mungkin atas sebab copyright)

Lagu ini dimulakan dengan keluhan Bo tentang bekas Pringle yang kecil sehingga tangannya tak dapat capai kerepek kentang di bawah bekas. Lalu dia mengeluh tentang kerisauan dia tak pergi bersenam kerana dia takde keyakinan pada badan dia, padahal dia tak yakin dengan badan dia sebab dia tak pergi bersenam. Keluhan terakhir dia adalah tentang inti burrito yang melimpah sehingga dia susah nak makan. Katanya, sepatutnya pembuat burrito tu nasihatkan dia jumlah optimal untuk inti burrito bukan hanya lihat dan biarkan dia rasa kesusahan .

Pada tengahnya, dia terangkan realiti keluhannya. Bahawa masalah sebenar pada dia bukan Pringles atau Burrito. Masalah sebenar dia adalah peminat dia sendiri.

Apa yang aku nampak keluhan Pringles tu adalah metafora pada kebahagiaan yang dia tak boleh nak capai sebab keadaan mental dia tak mampu nak dapat benda tu. Keluhan kedua, masalah badan dia adalah metafora pada keadaan dia yang tak tenang sebab risau dia akan hilang peminat padahal sebab peminatlah dia tak tenang. Keluhan ketiga, agak jelas maksudnya. Burrito itu adalah kemahsyuran dia, pada awalnya dia rasa dia bahagia dengan kemahsyuran dia tapi orang di keliling dia tak bagi warning awal tentang apa yang dia rasa selepas ini. Jika dia tahu dari awal, dia akan meletak had pada kemahsyuran dia.

Selepas konsert Make Happy, Bo mencipta satu lagu terakhir "Are you happy" sebagai tanda dia mengundur diri dari arena ini untuk jadi orang yang lebih dewasa. Tahun lepas, dia berjaya mengarah filem "Eight Grade" mengisahkan seorang budak yang tak yakin pada diri dia. Dia masih terlibat dalam dunia komedi sebagai pelatih pada newbie comedician tapi dia tidak lagi beraksi atas pentas.

Aku rasa apa yang Bo alami adalah cerita sebenar di sebalik apa yang John Green alami juga (John Green ada juga komen pada video tu- mungkin sebab tu jugak masuk dalam algorithm youtube aku). Aku sangat sangatlah faham apa yang dia rasa dan aku ok je kalau dia nak berhenti buat semua tu untuk hilang dari dunia kemahsyuran. Aku tak suka tengok orang sakit untuk menggembirakan orang lain.

Aktiviti 'romantisizing mental illness' ni dah jadi macam satu trend untuk orang-orang seni. Orang-orang dulu macam Van Gogh juga diangkat seninya sebab peristiwa hitam yang ada di sebalik hasil seninya. Filem tentang dirinya dibuat berturut-turut dari pengarah-pengarah yang berlainan. Masalah aku jugak sebab aku suka dengar dan tengok benda depressive macam ni padahal diorang tu sakit buat macam tu. Entahlah.

Mental illness ni boleh jadi atas ketidakseimbangan hormon pada otak dan ia juga boleh jadi atas faktor-faktor luar. Ada orang kata, mental illness ni tiada kaitan langsung dengan iman. Jangan rasa triggered dengan apa yang aku nak cakap, tapi aku rasa tak mungkin takde kaitan langsung.

Aku percaya mereka ada iman yang kuat - bahkan aku yakin ramai yang lebih kuatnya iman dari aku diuji dengan penyakit ini. Tapi aku rasa orang yang tak percaya tuhan lagi senang nak dapat penyakit ini. Orang yang tak percaya tuhan mesti rasa lebih sakit setiap kali ada masalah. Sebab mereka takde pergantungan.

Bo Burnham ni pernah buat lagu From God's Perspective yang seolah-olah dia menolak kewujudan tuhan dan kitab suci. Aku nampak dia lebih kepada Rationalism (don't quote me on this). Jadi penyakit Anxiety dia tu mungkin terjadi atas ketidakseimbangan hormon pada otak dia, tapi dia mungkin lebih sakit sebab dia tak boleh nak bergantung.

Aku bukan psychologist jadi kalau siapa yang baca ni rasa aku cakap tak betul ke, aku ok je kalau nak tegur dan bincang.


No comments:

Post a Comment