Tuesday, January 10, 2023

.

Aku ingin bebaskan diriku dari hakku

Berjalan menelusuri denai-denai titian tanpa wujud keinginan untuk menoleh menikmati anasir-anasir keduniaan, makhluk, nafsuku dan apatah lagi syaitan.

Aku ingin bebas

Hakku yang dilepaskan adalah hakku untuk diriku

Bukan sebagai simbol aku menjadi lemah sebagai haiwan beraqal

Bahkan ciri-ciri itu yang aku dambakan untuk gambarkan keteguhanku

Asal saja aku dipayungi oleh keharmonian sifat-sifat manusia, syaitan, malaikat dan Tuhan

Aku akan baik-baik sahaja.


No comments:

Post a Comment