Monday, May 11, 2020

Will choice make a different?


Aku sebenarnya dah come across video ni dua tahun lepas lagi. Tapi video ni agak memberikan kesan pada aku. Pertama, sebab aku memang dah follow Hank Green ni sejak awal umur 20 lagi. Kedua, sebab aku ada jawab persoalan dia tentang 'free will' dalam komen, tapi takde reaksi pun dari Hank dan penonton yang lain. Ketiga, aku baru perasan betapa sakitnya tidak tahu sifat Kudrat dan Iradah Allah. 

Kalau nak simpulkan apa Hank cakap dalam video ni, ada dua benda yang aku boleh highlight. Pertama, dia belum ada jawapan adakah apa yang dia buat dalam hidup dia adalah pilihan dia sendiri atau memang telah ditakdirkan untuk dia buat sejak awal lagi (free will vs predestination). Kedua, jawapan pada persoalan menyakitkan seperti ini akhirnya membawa dia kepada satu 'enlightment answer' - iaitu perlukah kita mendapat jawapan? You can just live without knowing the answer.

Aku ingat guru aku cerita, ada seorang perempuan datang pada dia dan kata "Why I need to follow the rules of God to human? I didn't choose to be human pun". Dan ada dua orang pernah tanya aku "Kenapa Allah suruh kita buat baik kalau Allah sendiri takdirkan kita jadi jadi jahat?"

Kau tau benda ni kalau tak dapat jawapan, memang akan sakit. Yup, sometimes ignorance is a bliss but this is not the things that are meant to be ignored. Or else, ulama' will not include this chapter into basic kitab. 

Jadi berbalik pada 'enlightment answer' yang Hank dapat, sebenarnya kau tak boleh hidup tenang selagi kau tak dapat jawapan yang sebenarnya. Ada beberapa informasi yang akan kekal pada tahap informasi pada diri. Tapi ada informasi yang akan bangkit menjadi ilmu pada kita, bila dia sudah mula memberi makna pada diri kita. Hanya yang memberi makna pada diri itu layak digelar ilmu. Dan pengetahuan tentang Kudrah dan Iradah ini secara pastinya akan memberikan perubahan pada diri kau. 

Kepada pembaca yang hidup dan belum tahu jawapan kepada soalan-soalan macam ni, aku takkan bagi jawapan pun. Sebab jawapan pada persoalan ni memerlukan kita mengaji sekurang-kurangnya 20 sifat Allah. Ilmu tauhid yang boleh beri jawapan sebenarnya pada benda ni. Tapi kalau nak dapat jawapan dari segi tasawuf, satu benda yang mungkin boleh beri ketenangan pada kau - Ketahuilah, kita ini hamba. Dia nak bagi kebahagiaan atau tidak pada kau, itu hak Dia. Tugas kau cuma hamba. Dan menjadi hamba pada-Nya itu adalah seindah-indah pakaian pada diri Kau. Jika saja menjadi hamba itu suatu kekejian, tidak mungkin Allah meletakkan sebaik-baik Nabi dengan gelaran hamba.

Tadi, umi bagitahu aku yang sebenarnya dia pernah jumpa doktor untuk gugurkan aku bila dia tau aku wujud dalam rahim umi (zaman dulu orang takde informasi lagi benda ni haram). Knowing that my existence is once a choice, I am glad He destined me to exists. He let me going through a journey to know Him. With accumulated sin I've done in my life and a bunch of sorrow experience I've come across in my life, I still going through this journey with happiness and tranquility. Because this journey will bring me to knowing Him.

And that's that.





p/s: Aku masih dalam mood dopamine detox. Cuma menulis ini bukan benda yang kita boleh bertahan-tahan. 

No comments:

Post a Comment